Wednesday 4 March 2015

Pelancaran Buku Sabbaruddin Berlangsung Meriah


Petang tadi telah berlangsung majlis pelancaran buku saya yang kelima bertajuk "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat Dari Isi Hati Sabbaruddin Chik" di Zam Zam Cafe, Bandar Utama, Kuala Lumpur.

Pelancaran buku tersebut dilakukan oleh Sanusi Junid, bekas Setiausaha Agung UMNO yang pernah menjadi Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah sebelum ini.

Buku ini menceritakan kisah sebenar di sebalik keengganan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek menyambung kontrak Sabbaruddin Chik sebagai Pengerusi Bank Rakyat kerana enggan mematuhi arahannya agar suatu bentuk penyelesaian mudah melibatkan pinjaman diberikan kepada Deepak Jaikishan.

Semua yang selama ini tidak didedahkan kepada umum iaitu apakah kerugian sebenar yang dialami oleh Bank Rakyat, siapakah Pengerusinya sekarang, siapakah yang menduduki bilik Pengerusi sekarang, bagaimanakah layanan yang diterima Sabbaruddin dalam detik-detik akhir perkhidmatannya dan banyak lagi, boleh didapati dan didedahkan dalam buku ini.

Buku ini dijual dengan harga RM30 untuk Semenanjung dan RM33 untuk Sabah dan Sarawak dijangka akan mula berada di pasaran mulai hari ini atau pun esok.

Majlis pelancaran berlangsung dengan meriah dan dihadiri beberapa tokoh yang dikenali ramai.

Antara tetamu yang hadir di majlis perasmian ini ialah bekas Ketua Menteri Sabah, Osu Sukam,  Presiden Pemikir,  Aziz Yassin yang juga abang kepada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin,  bekas Timbalan Menteri WP, Drs Suleiman Mohamad, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali, bekas Adun Selangor, Mazlan Harun serta bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar.

Turut hadir juga ialah Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin, penulis buku politik Syed Hussien Alattas, penulis kontroversi Yahaya Ismail dan king rider, Zamri Mohamad.

Hadir juga beberapa pengamal media, blogger dan kakak penghibur terkenal Allahyarham Sudirman iaitu Raziah Arshad.

Bersama ini disertakan sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakamkan di majlis tersebut. ( SH 04/03/2015 )

Tan Sri Sanusi ketika berucap melancarkan buku...

Tan Sri Sabbaruddin ketika berucap berlatarbelakangkan poster buku...

Tan Sri Sanusi dan Tan Sri Sabbaruddin menunjukkan buku selepas melancarkannya...

Osu Sukam dan Mazlan Harun...

Tamrin Ghafar dan A Kadir Jasin...

Aziz Yassin dan Ibrahim Ali...

Drs Suleiman Mohamad...

Tan Sri Sabbaruddin ketika menandatangani autograf...

Tan Sri Sabbaruddin dan penulis ketika ditemubual wartawan...

Tan Sri Sabbaruddin dan penulis bergambar bersama poster yang dilancarkan petang tadi...

12 comments:

  1. Tahniah Tuan Shahbudin..
    Kemungkaran perlu dibongkar tanpa segan silu..

    ReplyDelete
  2. Budin ni hati masih umno..syabas tuan..darah masih merah..ingatkan jd biru muda dah..

    ReplyDelete
  3. Saya tulis dalam Fb saya.. Shahbudin bukan anti PM Najib, di pengkritik PM Najib.. dua perkara yang berbeza.

    ReplyDelete
  4. Saya tulis dalam Fb saya.. Shahbudin bukan anti PM Najib, di pengkritik PM Najib.. dua perkara yang berbeza.

    ReplyDelete
  5. Tahniah En Shahbudin, kami rakyat bawahan nak tahu juga skandal yang membabitkan Babk Rakyat yang mana kami adalah ahlinya.

    ReplyDelete
  6. dah tahu pun macam biasa jugak apa bole buat
    dengar tengok saja la
    bukan ini satu saja
    dah tua tua ada lagi semangat bongkar jangan ada lagi semangat mungkar dah lah
    lubang kubur pun dah betambah besar setiap hari
    berapa orang tua tua ni yang boleh faham bila dengar bacaan ayat quran kecuali yang dihafal saja
    orang Islam tak rasa ini satu kekurangan pada setiap diri
    yang amat tidak patut berlaku lagi

    ReplyDelete
  7. Tahniah Din!!!

    ReplyDelete
  8. tahniah...tpi jgn lupa yekk nnti ada lah sb-sb dtg cam depa buat kek zunar tu...biasalah yg kena serang tu dianggap semacam maksum..la kah..kah..kah..kah..mungkin lbh maksum drp nabi kot? kah..kah..kah..ala wasatiyah kpop punya dah kah..kah..kah..bila mau bangkrup nie 1malaya dek penangan 1MDB- 1MalayaDahBangkrup!!!!

    ReplyDelete
  9. Salam....

    Sebenarnya hampir semua orang tahu skandal-skandal dalam UMNO hari ini. Tahniah abang Din!

    Itulah selama ini Anwar dah cakap itu ini, tapi ada orang buat dek saja. Anwar memang tahu semua letak atas meja saja apa rahsia perbuatan pimpinan UMNO Najib ni. Itulah sebab Anwar di sumbat dalam penjara... apa kata Cek Det ... Anwar ni tak ada apa-apa pun...he he



    Para totok UMNO.... kalau Anwar kamu orang memang tak percaya, nah sekarang Abang Din dah keluarkan semua bau busuk masihkah pak cik makcik abang baju biru BN tak percaya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar sendiri apa kurangnya? Tanya Shahbuddin masa dia dalam UMNO apa yang dia buat? Siapa yang dia kayakan? Budak-budak empat ekor NST tu 'anak' siapa? Habis suratkhabar/TV dia kontrol masa tu. Habis pink form dia 'faraid' kat kawan-kawan dia...mengata dulang...

      Delete
  10. boleh jual tak buku ini dalam bentuk pdf or epub dan dijual secara online? ada juga rakyat Malaysia di luar negara yang berminat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...