Monday 18 February 2013

Sekali Lagi Najib Dimalukan Oleh Pengundi Cina


Hasrat Najib menghadirkan diri di majlis sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Dong Ziong sekurang-kurangnya mampu membawa hasil yang positif dan menggembirakan nampaknya tidak kesampaian. Meskipun beliau dilayan dengan baik dan dihidang dengan makanan yang menyelerakan, kunjungan itu tidak membawa apa-apa keuntungan kepada politik BN. Beliau pasti menyimpan kecewa dalam diam.

Najib yang hadir sejam lebih awal daripada kehadiran Anwar di majlis itu dilaporkan hanya dilayan biasa-biasa saja berbanding Anwar yang disambut lebih meriah dengan teriakan reformasi dan poster yang bertulis "Saya Sayang PM Baru Anwar". Poster itu diubahsuai daripada poster "Saya Sayang PM" yang banyak ditabur di pelbagai majlis yang dihadiri Najib sebelum ini.

Mesej dan keberanian ramai pengunjung mengangkat poster yang telah diubahsuai itu ketika menyambut kedatangan Anwar jelas membuktikan bahawa pengundi Cina kekal dengan pendirian mereka selama ini iaitu menolak BN dan mahukan perubahan dalam pilihanraya akan datang ini.

Najib menjadi Perdana Menteri yang pertama menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina Dong Ziong sejak persatuan itu ditubuhkan. Sejak ditubuhkan ia terkenal dengan sikap kritikalnya terhadap kerajaan dan tidak bersetuju dengan beberapa dasar kerajaan dalam bidang pendidikan yang melibatkan sekolah-sekolah Cina.

Selama bertahun-tahun persatuan itu dicop mirip pembangkang. Tetapi Najib cuba bersikap budiman dengan sudi hadir di majlis anjurannya sambil mengharapkan ada bekalan positif yang dapat dibawanya balik daripada majlis itu.

Harapan Najib melalui kunjungan itu berjaya menghasilkan kenangan yang manis dan menzahirkan reaksi positif daripada pengundi Cina tidak berhasil sama-sekali. Malah dengan sambutan yang lebih meriah diberikan ketika ketibaan Anwar bersama rombongannya jelas menggambarkan Anwar bersama janji perubahannya lebih melekat dihati pengundi Cina berbanding Najib.

Apa yang berlaku di majlis Dong Ziong itu sebenarnya mengesahkan lagi apa yang berlaku di majlis sambutan Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang beberapa hari sebelum itu di mana Najib dimalukan dengan jawapan "No" apabila beliau bertanya "Are You Ready For BN?", adalah sesuatu yang sahih dan benar. Jika ada yang meragui teriakan "No" sebanyak tiga kali di Pulau Pinang itu sebagai tidak benar-benar tulen dan mungkin ciptaan belaka, keberanian menaikkan poster "Saya Sayang PM Baru Anwar" di Kajang itu memang sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi kebenarannya.

Berbanding peristiwa di Pulau Pinang di mana cybertrooper UMNO sibuk mempertahankan Najib disebalik insiden teriakan "No" itu sehingga sanggup mengubahsuai klip video yang sama dengan jawapan "Yes" pula dan kemudian disebarkan dua hari kemudiannya tetapi dalam peristiwa di Kajang ini, tidak ada di kalangan mereka yang menafikannya. Maknanya, mereka mengakui memang berlaku penolakan terhadap Najib di kalangan pengundi Cina di majlis itu.

Hakikat bahawa Anwar disambut lebih meriah berbanding Najib juga tidak dinafikan oleh sesiapa.

Melihat kepada apa yang berlaku itu dan bagaimana kesan penyebaran insiden itu telah mempengaruhi ramai pengundi terutama mereka yang mempunyai akses internet, Mahathir sampai berkata perlunya penapisan dilakukan terhadap berita-berita yang disiarkan di alam maya kerana kononnya kebenarannya diragui. Mahathir sebenarnya bukan bimbang berita yang tidak benar tersebar melalui internet tetapi yang membimbangkannya ialah kerana dengan adanya internet, kepalsuan tidak lagi mempunyai tempatnya.

Selama ini media tradisional seperti akhbar dan tv dilihat begitu memonopoli kerja memesongkan pemikiran rakyat melalui propaganda tidak benar dan separuh benar untuk diterima oleh rakyat. Oleh kerana rakyat tiada sumber maklumat lain, maka semua yang disajikan melalui media tradisional itu selama bertahun-tahun dianggap sebagai wahyu kebenaran walaupun sebenarnya ia mungkin berupa teriakan syaitan.

Itulah yang berlaku selama ini. Dengan adanya internet, kepalsuan tidak lagi mampu bertahan lama. Kadang-kadang sebelum kepalsuan didendangkan, kebenaran sudah pun muncul terlebih dahulu.

Melalui apa yang berlaku kepada Najib di dua majlis sambutan Tahun Baru Cina itu, tidak syak lagi bahawa pengundi Cina kekal tidak mahu bersama Najib dan BN biar bagaimana pun propaganda lain turut dihebohkan. Bukti nyata yang diperolehi melalui dunia internet bukan saja mampu menyerlahkan kebenaran, malah menjadikan kebenaran itu juga mudah disebarluaskan.

Dengan sikap konsisten pengundi Cina yang ditunjukkan itu, nasib dan masa depan MCA serta Gerakan, rakan kongsi UMNO dalam BN sudah boleh dinilai gelap atau kelabunya. Dalam masa yang sama, nasib Najib, UMNO dan BN juga sudah boleh dibaca penyudahnya. (SH 18/02/2013)

3 comments:

  1. Itu petanda besar kiamat untuk UMNO BN dan Najib sudah makin hampir. Tak ada siapa yang mahu bersama pertubuhan haram " syaitan ". Melayu, Cina mahu pun India tahu ..mempunyai PM yang penakut, bacul dan dayus dalam banyak perkara hanya akan membawa sial kepada negara.

    Semua orang gelak dan perlekeh Najib kerana 1 Malaysia melihat bukti bagaimana seorang penjula karpet begitu mudah dan bebas mempermainkan maruah Najib PM...maruah PM Najib umpama bola di kaki seorang penjual karpet yang dsepak dan diterajang sesuka hati.

    PM dari parti Melayu macam ini ke rakyat Malaysia mahu beri mandat untuk terus memimpin negara dan pertahankan maruah bangsa?. Hanya rakyat yang fikiran bonsai dan di " nasi kangkang kan " saja yang kekal menjadi pemuja PM Malaysia jenis bacul dan dayus begini.

    PM Najib sudah gagal " ereksi ", sudah " mati pucuk " dalam arena politik kerana terlalu leka " bersundal " sekian lama. Orang orang Cina amat faham situasi ini. Daya juang beliau sebagai jantan dah lesap sudah...kes Deepak adalah bukti cukup jelas. Ubat kuat dari mentor Mahathir pun tak mampu lagi kembalikan " kejantanan " PM sorang ini. Yang beliau terdaya..cuma memekik dan meroyan sendiri dalam majlis majlis umum...berkokok hebat..tapi badan bergelumang najis. Nafsu besar tapi tenaga hancusss.

    ReplyDelete
  2. Great Shahbudin,

    Super job has been done by you, and I can denied I love to read the articles you have written, at 1st I feel like F.... Dong Jiao, cause for many years the ruling Govt dont even pay a single attention to this group and out of sudden they invited the PM, in my mind I said ParaPundek Mahirerd, disgraced to the Chinese principle, but thanks again your articles have enlighten me...because as I mentioned many many times, chinese are the most selfish race in Malaysia, only BY HIMSELF, where interests is given, Brotherhood can also betrayed...asalkan saya untung...lain gua tak peduli...I make a stand, regardless of PAS or Parti Islam...I want a change...I am chinese...jadikan la negara ni negara Islam, beri peluang kepada Tok Guru, Dr Dzul, Hadi Awang, Karpal, Kit Siang, Anwar......

    Thank you..

    ReplyDelete
  3. Tuan Shabuddin tulisan tuan antara yang saya tunggu-tunggukan untuk dibaca. Semuga ALLAH merahmati tuan sekeluarga

    Hanif

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...