Sunday 22 January 2012

Rosmah Boros Lagi, Undi BN Terus Bertambah...

Berita mengenai tabiat dan keghairahan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam berbelanja muncul lagi, kali ini didedahkan oleh akhbar Australia, Sydney Morning Herald yang menulis bahawa isteri PM itu telah memboros sebanyak lebih RM300,000 untuk membeli pakaian di sebuah butik di Sydney ketika bercuti hujung Disember 2011 lalu.

Turut didedahkan ialah Najib dan Rosmah turut menginap di sebuah hotel mewah dengan kadar penginapan RM65,000 semalam.

Meskipun PRU 13 makin hampir dan semua pemimpin Umno kini bergelut untuk meyakinkan rakyat agar terus memilih Umno dan BN, nampaknya ia sama sekali tidak menghalang Rosmah daripada meneruskan hobi berbelanjanya itu.

Malahan Najib sendiri kini dalam proses berterusan bertemu rakyat, meyakinkan pengundi dengan pelbagai pendekatan serta program agar rakyat terus memilih BN dalam pilihanraya akan datang ini, termasuk memperkenalkan konsep wassatiyah atau kesederhanaan untuk dianuti oleh rakyat.

Soalnya apakah Najib sedar ketika beliau memperkenalkan wassatiyah itu, beliau baru saja pulang daripada menemani isterinya bershopping mewah di Sydney?

Pendedahan megenai Rosmah berbelanja mewah ini bukanlah kali pertama muncul, malahan sebelum ini turut didedahkan dengan pelbagai perkara yang meliputi cincin, gelang tangan, hiasan permata, pakaian yang gemerlapan, beg tangan dan pelbagai lagi.

Kini bukan saja media tempatan dan rakyat Malaysia yang sering memburu berita-berita baru mengenai tabiat isteri Perdana Menteri berbelanja mewah malahan media antarabangsa dan luar negara turut berminat membongkarnya. Akhbar Sydney Morning Herald malah menggelar Rosmah sebagai First Lady Of Shopping.

Dengan terus mengekalkan tabiatnya itu, Rosmah dan Najib seperti mempunyai keyakinan bahawa perbuatannya itu tidak menjejaskan langsung sokongan rakyat kepada Umno dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Pendedahan demi pendedahan sebelum ini langsung tidak memberi kesan kepada Rosmah untuk mengurangkan atau berhenti terus daripada berbelanja meswah setiap kali ke luar negara atau sekurang-kurangnya Najib sendiri mengambil inisiatif menasihati isterinya agar memperlahankan sementara keghairahan itu sehingga pilihanraya. Mereka tetap terus berbelanja dan berbelanja.

Mereka mungkin berkeyakinan dengan terus berbelanja mewah dan pendedahannya pula dibuat secara besar-besaran, ia akan menyebabkan sokongan rakyat meningkat dan undi kepada BN terus bertambah, lantas menyebabkan BN lebih cemerlang dalam PRU 13 ini. Kalau begitu, teruslah berbelanja lagi!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...